Thursday, 23 August 2012
Perbezaan Individu
PENGHARGAAN
Ucapan syukur saya ucapkan
kerana dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurnanya. Ini adalah kerana semasa membuat tugasan ini,
waktu itu juga merupakan tempoh selama dua minggu saya menjalankan tugasan
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sebuah sekolah pilihan saya. Walaupun kesuntukan masa, saya juga telah
menyiapkan tugasan saya ini dengan mengikut strategi perancangan tugasan saya. Dalam sepanjang aktiviti PBS, saya juga turut
membuat analisis tugasan saya ini dengan memerhati gaya pembelajaran yang sedia ada pada
murid-murid di sekolah itu semasa tijauan strategi pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Di sini, saya ingin
mengambil peluang untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah subjek
Psikologi ini, Encik Ridzuan Bin Ahmad yang telah
memberikan tunjuk ajar dengan penuh kesabaran untuk membantu dan
memberikan sokongan sepenuhnya dalam tugasan ini termasuklah semasa
pembentangan saya dijalankan.
Di samping itu, saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada ahli keluarga saya yang telah banyak membantu dan memberikan sokongan kepada
saya untuk menyempurnakan tugasan saya. Seterusnya,
saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan yang banyak berkongsi
maklumat serta pendapat dan memberikan idea-idea bernas kepada saya dalam
menyiapkan tugasan ini. Hasil daripada perbincangan bersama rakan-rakan saya
telah menghasilkan satu kerjasama yang baik dan berkesan dalam proses penyiapan
tugasan ini. Akhirnya, sokongan dan jasa
daripada pihak di atas tidak akan saya lupakan.
1.0
PENGENALAN
Setiap individu yang dilahirkan adalah berbeza di
antara satu sama lain. Menurut Khairul
Yusri (2007), perbezaan individu ini adalah dari segi ketidaksamaan aspek
perkembangan secara fizikal, mental, sosial, emosi di kalangan individu. Oleh demikian, guru-guru perlu memahami
perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran
di dalam kelas.
Menurut pandangan Tang (1993), perbezaan individu
adalah satu hakikat yang tidak boleh dinafikan dan perkara ini sering diabaikan
apabila manusia mengambil tindakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sebagai seorang guru, adalah betapa penting
untuk mengetahui dan mengambil perhatian terhadap wujudnya perbezaan individu
dengan mengetahui setiap murid adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang
keluarga, tahap sosioekonomi dan lain-lain lagi. Perbezaan individu ini akan membawa kesan
kepada gaya dan
corak pembelajaran mereka. Demi mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran, guru berperanan memahami dan mengenali
setiap jenis murid di dalam kelas, impaknya murid dapat mencapai kejayaan
daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah.
W.W.Cook: Grouping and promotion in the Elementary
School menjelaskasn perbezaan individu dari segi pencapaian dengan kajian
hampir semua kelas Darjah 6 akan terdapat sekurang-kurangnya seorang murid yang
berkebolehan membaca setakat Darjah Dua dan seorang murid berkebolehan membaca
sehingga Tingkatan Empat. Namun,
kepelbagaian yang wujud antara murid perlu dikaji dan difahami dengan
sebaliknya dalam membantu untuk memahami gaya
pembelajaran dan diselitkan dengan latar belakang budaya setiap murid dalam
menentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan. Ini dapat menunjukkan betapa pentingnya guru
untuk memahami serta mengetahui gaya
pembelajaran murid yang wujud di dalam kelas.
2.0
ASPEK-ASPEK
PERBEZAAN INDIVIDU
Kluckholn, Murray
dan Schneider (1953), setiap manusia akan bertindak seperti manusia yang lain
dalam sesuatu perkara, mereka akan bertindak mengikut kumpulan dalam sesuatu
perkara dan mereka akan bertindak mengikut cara sendiri bagi sesuatu perkara. Ini menunjukkan corak kehidupan bagi setiap
manusia adalah unik dan setiap individu adalah berbeza dari pelbagai
aspek. Perbezaan individu boleh dihayati
daripada huraian beberapa aspek perbezaan seperti:
2.1
Fizikal
Aspek fizikal ini adalah perbezaan yang diwarisi. Ini dapat kita memerhatikan perbezaan
individu dari dari segi kelihatan luaran seperti paras rupa, susuk badan dan sebagainya
serta fizikal yang tidak boleh lihat iaitu fizikal dalaman seperti saiz otak
dan jumlah neuron. Ini dapat kita lihat perbezaan
perkembangan saiz badan kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki semasa
mencapai umur lingkungan 10 tahun sehingga 12 tahun semasa belajar di sekolah
rendah. Contohnya, kanak-kanak perempuan
akan mencapai kematangan lebih cepat dan lebih tinggi daripada kanak-kanak
lelaki.
Sheldon (1942) mengategorikan temperamen kepada tiga
kategori iaitu Endomorf (bertubuh
bulat) dengan suka bergaul, relaks dan mementingkan diri sendiri tetapi mudah
diserang tekanan perasaan. Mesomorf (tubuh badan otot yang kuat)
menujukkan bersifat agresif, bertenaga dan kuat bersukan. Manakala Ektomort
(kurus dan tinggi) dengan bersifat bimbang, suka bersendirian dan seorang
pendiam. Walaupun pembawaan ini
diwarisi, namun ia juga ditentukan oleh tindakbalas dengan persekitaran.
2.2
Kognitif / Mental
Setiap individu berbeza dari segi keupayaan berfikir,
belajar, mengingat, menaakul, menganalisis serta bakatnya. Murid-murid mempunyai aras kognitif yang
berlainan. Mereka mungkin memproses
rangsangan-rangsangan yang diterima daripada persekitaran dengan cara-cara yang
berlainan. Contohnya murid-murid
perempuan mempunyai kemahiran menulis dan memori yang lebih tinggi daripada
lelaki. Kajian Santrock (2001) dapat
membuktikan pencapaian murid-murid lelaki lebih baik berbanding murid-murid
perempuan bagai matapelajaran Matematik, Sains dan sukan. Manakala pencapaian murid-murid perempuan
adalah baik berbanding murid-murid lelaki dalam matapelajaran masakan dan
jahitan.
2.3
Emosi
Murid-murid mempunyai tahap emosi yang berlainan. Ini adalah kerana mereka berasal keluarga
yang mempunyai tahap sosio-emosi dan kemahiran-kemahiran sosial yang
berlainan. Emosi ini adalah berasal dari
ibu bapa. Tahap kecerdasan emosi ini
adalah berbeza. Contoh emosi, ketakutan,
sensitif, cepat marah, pemalu, pasif dan sebagainya. Kanak-kanak lelaki lebih bersifat temperamen
daripada kanak-kanak perempuan.
Guru perlu
mengenalpasti perbezaan emosi murid-murid dan menangani dengan cara yang sesuai
serta mendisiplin mereka. Guru-guru
perlu merancangkan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran dengan
mengikut personaliti murid-murid supaya dapat mempertingkatkan tahap keyakinan
mereka semasa pembelajaran dijalankan.
2.4
Tingkah laku
Tingkah laku juga dikenali sebagai kebolehan khas yang
diwarisi tetapi peluang alam sekitar yang luas juga turut mempengaruhi tingkah
laku seseorang. Menurut Mok Soon Sang
(2008), perbezaan tingkah laku individu dapat dihayati dari segi pergaulan,
interaksi dan aktiviti sosial.
Contohnya, terdapat peluang atau galakan yang positif maka akan wujudnya
tingkah laku seseorang itu positif. Dari
segi pengaruh persekitaran adalah seperti dari keluarga, sekolah, rakan sebaya,
media massa dan
kebudayaan.
2.5
Sosial
Menurut Guilford (1959), beliau menerangkan perbezaan
sosial adalah mengikut ciri-ciri semulajadi iaitu trait yang akan tentukan sama
ada individu itu permalu, pendiam, mengasingkan diri, gugup, gelisah,
impulsif. Manakala minat, sikap,
keperluan, kecenderungan serta temperamen juga turut mempengaruhi
individu. Manakala Bandura (1997)
menekankan pengaruh model ke atas tingkah laku individu yang belajar tingkah
laku tertentu melalui pemerhatian terhadap orang lain.
Perbezaan sosial yang wujud adalah dipengaruhi
wujudnya latarbelakang sosio-ekonomi seperti murid-murid yang mempunyai
kapasiti pendapatan keluarga yang tinggi, maka nustrisi adalah lebih bagus dan
keadaan fizikal terjaga dengan rapi. Di
dalam kelas, guru perlu mengenalpasti tahap sosial murid-murid dan sentiasa
menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.
2.6 Rohani / Agama
Kewujudan perbezaan
rohani di kalangan murid-murid adalah disebabkan terdapatnya perbezaan budaya
dengan kepercayaan masing-masing. Aspek
rohani dalah lebih universal dengan hubungan tubuh badan-minda-jiwa. Murid-murid dibesar mengikut sistem agama
tertentu dari ibu bapa. Guru-guru
bertanggungjawab lebih sensitif terhadap agama dan menggunakan nilai-niali
rohani am untuk membina kesihatan dan kekuatan minda murid-murid supaya
melahirkan jiwa murid-murid yang stabil dan seimbang.
Selain daripda enam
aspek yang utama ini telah menyebabkan perbezaan individu, maka terdapat juga
faktor lain yang turut mempengaruhi perbezaan ini seperti bakat atau minat,
perwatakan, pengunaan bahasa, sosialisasi, lokasi yang berbeza dan
sebagainya.
Namun begitu, menurut
Weil (1980), para pendidik perlu merancang strategi dan teknik pengajaran dan
pembelajaran yang akur dengan gaya
pembelajaran yang berbeza-beza di kalangan murid supaya tahap pencapaian
matlamat pengajaran dapat dipertingkatkan.
3.0
KEPELBAGAIAN
KECERDASAN
Kecerdasan merupakan keupayaan mental seseorang
individu yang boleh diukur. Menurut
Alfred Binet (1904), ujian kecerdesan (skala 1950) untuk menguji kecerdasan
pelajar berdasarkan ingatan mereka dari aspek keupayaan sentuh dan mereka
bentuk hingga keupayaan menakrif konsep yang abstraks. Teori Vygotsky menekankan konsep kecerdasan
meliputi keupayaan menggunakan kemahiran belajar dengan bantuan orang yang
lebih mahir melalui teknik pemudahcaraan dengan scaffolding.
3.1 Teori Pelbagaian Kecerdasan : Howard Gardner
Howard Gardner, profesor di universiti Harvard, beliau menyatakan
terdapatnya lapan kecerdasan yang mempunyai kuantiti yang berbeza-beza
diwujudkan di kalang individu. Garner
(1993), potensi manusia mempunyai lapan kecerdasan dalam dirinya iaitu :
3.1.1 Kecerdasan Linguistik
Kecerdasan ini secara dominan dan mahir dalam proses
membaca, menulis, bertutur danberbicar.
Murid-murid ini sensitif kepada makna dan susunan perkataan iaitu
mempunyai kemahiran berbahasa. Jenis
murid-murid ini gemar memberikan pendapat, suka menulis dan mereka minat dan
banyak membaca.
3.1.2 Kecerdasan Logikal-Matematikal
Kecerdasan ini merangkumi mengira dengan nombor serta
menyelesaikan masalah matematik dengan mudah dan kompleks, menaakul dan memikir
secara kritis untuk membuat keputusan serta menyelesaikan masalah. Murid ini lebih dalam kepandaian Matematik
dan sistem logik serta berkeupayaan berfikir secara logik dan dapat mengenal
geomatrik serta nombor-nombor pengiraan dengan mudah. Justeru, mereka suka mencari sebab musabab
bagi sesuatu yang tidak jelas dan suka menyoal tentang berbagai-bagai
fenomena.
3.1.3 Kecerdasan Visual-Spatial
Kecerdasan ini berupaya untuk menggambar sesuatu
dengan tepat. Kecerdasan ini menepati
ruang, melukis, membentuk corka, mewarna, mencipta dan membina gambaran mental
serta mengamati dunia visual. Murid-murid
ini berkeupayaan membuat persepsi tentang dunia sebenar, menggambar secara grafik
di dalam fikiran mereka apa yang mereka alami.
3.1.4 Kecerdasan Muzik
Kecerdasan ini merangkumi keupayaan memahami dan
mencipta muzik. Kecerdasan ini mengenai
pasti bunyi vokal, bunyian alam sekitar dan menyanyi serta mencipta lagu,
kepekaan terhadap ritma, melodi muzik dan main alat-alat muzik. Murid ini gemar belajar dengan diiringi muzik
di latar belakang.
3.1.5 Kecerdasan Tubuh Kinestetik
Kecerdasa ini berupaya menggunakan tubuh badan dengan
mahir. Kecerdasan ini merangkumi gerak
badan gimnastik, kawalan fizikal badan, kawalan anggota dan mereka suka dalam
bidang sukan, permainan dan mereka cipta gaya
menari. Murid-murid ini suka bermain
permainan dan melibatkan diri dalam aktiviti sukan.
3.1.6 Kecerdasan Interpersonal
Kecerdasan ini merangkumi keupayaan memahami dan
berhubung dengan orang lain. Mereka yang
mempunyai kecerdasan ini suka berinteraksi sosial termasuk semangat
bekerjasama, kepandaian memimpin serta berkomunikasi dengan berkesan. Murid ini sering suka terlibat dalam
aktiviti-aktiviti luar sekolah, mereka mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi,
bersifat kasihan serta berpotensi tinggi menjadi pemimpin sebab mereka mudah
mempengaruhi orang lain.
3.1.7 Kecerdasan Intrapersonal
Kecerdasan intrapersonal ini berkeupayaan memahami
emosi dan perlakuan sendiri. Mereka
mempunyai kecerdasan dalaman diri yang tinggi dengan berkeupayaan mengenali
dalaman diri sendiri. Murid-murid ini
mempunyai keyakinan diri yang tinggi dengan menunjukkan kemahiran kepimpinan
serta mempunyai ciri-ciri berdikari, set nilai-nilai dan prinsip-prinsip
tersendiri. Mereka suka memencilkan diri
dan tidak dapat bertemu dengan individu yang mempunyai minat yang sama.
3.1.8 Kecerdasan Alam Sekitar
Individu ini mempunyai kecerdasan yang sensitif kepada
isu-isu alam persekitaran, minat belajar tentang pelbagai flora dan fauna. Mereka mempunyai keupayaan mengenali dan
mengategori alam flora dan fauna.
Murid-murid ini berkemahiran yang tajam dalam mengkaji pelbagai
corak-corak dan pola-pola persekitaran, mereka sanggup berjuang habis-habisan
untuk mempertahankan sesuatu isu persekitaran.
Guru seharusnya membenarkan murid-murid meneroka
sendiri dalam suasana yang selamat supaya mereka boleh mengarah pembelajaran
kendiri. Guru dapat memberikan bantuan
murid-murid menghargai kekuatan kendiri dengan melibatkan diri mereka dalam
penyelesaian masalah harian. Haward
Garner berpendapat melalui P&P melalui beberapa mata pelajaran, murid-murid
akan lebih berminat dan terangsang untuk meneroka idea-idea baru. Namun, pendekatan P&P guru dapat
dirancangkan mengikut kecerdasan yang sedia ada pada murid supaya pembelajaran
murid dapat mengembangkan dan meningkatkan tahap emosi mereka supaya seimbang
(kecerdasan emosi).
4.0
KECERDASAN EMOSI
Emosi adalah sesuatu perasaan jiwa yang kuat. Daniel Goleman (1997) menyatakan dalam buku Emotional Intelligence emosi adalah
sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri dan beliau telah memperkenalkan
konsep kecerdasan emosi serta menggunakan cara atau kaedah untuk menyukat
kecerdasan dan potensi seseorang.
Kecerdasan emosi adalah pengukur kecerdasan perasaan dan emosi dengan
berdasarkan kepada kesedaran bahawa perasaan dan emosi adalah berasingan
daripada tindakan seseorang. Kecerdasan
emosi ini berhubungkait dengan pengenalan kendiri dan kerohanian serta
pengawalan emosi orang lain serta ia juga berkait rapat dengan teori pelbagai
kecerdasan.
Kecerdasan emosi ini merangkumi tiga komponen iaitu
pertama, kognitif dengan merujukkan pengalaman yang subjektif di bawah keadaan
sedar dan aspek penilaian. Kedua,
fisiologikal menekankan rangsangan dan kebangkitan badan fizikal. Akhirnya, tingkah laku yang menunjukkan ciri
ekspresi ditunjukkan secara terbuka.
Kecerdasan emosi adalah integrasi emosi denagn struktur kognitif dalam
personaliti individu. J.D.Mayer dan
P.Salovey (1990), Kecerdasan emosi adalah kognitif masyarakat dan ia merangkumi
tiga kategori yang utama iaitu kebolehan membezakan emosi diri dengan orang
yang lain, kebolehan mengawal emosi diri dan menyelaraskan dengan emosi orang
lain serta kebolehan menggunakan maklumat emosi untuk membimbing
pemikiran.
Guru berperanan
menyelitkan pelbagai aktiviti untuk membantu murid-murid supaya dapat mempertingkatkan
serta mengembangkan kecerdasan emosi mereka.
Menurut McCown (1998), terdapatnya enam bidang kecerdasan emosi perlu
dikembang secara berurutan oleh seseorang guru untuk mempertingkatkan
kecerdasan emosi murid-murid iaitu pertama, perkembangan kesedaran kendiri
berlaku dengan memerhati tindakan dan gerak balas kendiri, termasuk pemikiran
dan pertuturan seseorang. Kesedaran ini
dapat dicapai melalui mengimbas kembali melalui proses-proses refleksi dan
introspeksi.
Kedua, guru berperanan
mengawal emosi murid-murid. Guru juga
bertugas sebagai kaunselor kepada murid-murid supaya dapat membantu mereka
menangani dan mengatasi perasaan ketakutan, kemarahan, kesedihan atau
kecurigaan. Guru perlu sentiasa membantu
murid-murid mengawal daripada wujudnya emosi-emosi negatif. Ketiga, guru boleh mengajar murid-murid
memahami perasaan orang lain. Murid akan
dididik untuk melahirkan perasaan belas kasihan untuk orang lain dan menghargai
perbezaan pandangan serta memahami perasaan antara individu tentang isu yang
sensitif.
Keempat, guru
berperanan meningkatkan kemahiran sosial di kalangan murid-murid dengan
melahirkan hubungan berinteraksi dan komunikasi yang berkesan. Peningkatan kemahiran sosial akan
mempengaruhi tahap kualiti persahabatan meningkat. Contohnya, guru mengajar murid-murid
menyuarakan pendapat mereka tanpa beremosi.
Kelima, guru mengajar murid-murid bekerjasama antara satu sama
lain. Melalui kerjasama ini, murid-murid
dapat memupuk nilai bertanggungjawab atas tindakan mereka. Akhirnya, guru mengajar murid-murid
menyelesaikan konflik. Penyelesaian konflik
melibatkan kemahiran-kemahiran mengawal emosi yang spesifik. Ringkasannya, kawalan emosi penting bagi
murid-murid supaya dapat bermesra secara harmoni dengan rakan-rakan sekelas dan
turut mempertingkatkan tahap persahabatan mereka.
5.0
GAYA KOGNITIF
Menurut Garity (1985), gaya kognitif adalah cara-cara manusia
memproses maklumat dan pengalaman. Gaya kognitif dapat dibahagikan kepada lima jenis iaitu analisis, idealis, realis,
pragmatik dan sintesis.
5.1 Gaya
Kognitif Analisis
Murid-murid ini sentiasa mencari suatu keputusan yang
boleh diramalkan. Mereka mempunyai
ciri-ciri seperti merancang sesuatu dengan teliti, membuat banyak set kriteria
untuk memilih kriterial yang terbaik dan mempunyai kepercayaan maklumat dan
kajian yang mencukup. Mereka juga
percaya bahawa setiap permasalahan dapat diselesaikan.
5.2
Gaya Kognitif Idealis
Murid-murid jenis ini adalah lebih bersifat reseptif
dan mengambil pandangan yang lebih luas serta berhadapan dengan sesuatu
masalah. Ciri-ciri yang sedia ada pada
murid ialah mereka suka menanya apabila menghadapi sebarang kesusahan,
mementingkan aspek moral, selalu melibatkan diri dalam proses introspeksi diri,
senang dipercayai oleh orang ramai dan suka menetapkan matlamat besar dan
berwawasan.
5.3
Gaya Kognitif Pragmatik
5.4
Gaya Kognitif Realisme
Murid-murid jenis gaya
ini suka menganggap dunia realiti mengikut paparan oleh lima deria.
Mereka menumpukan apa yang dilihat secara fizikal. Ini adalah kerana mereka suka mencari
kebenaran, anggapan dunia adalah kurang sempurna bagi pandangan mereka. Selain itu, murid-murid ini suka cari
kesalahan untuk menyelesaikannya, mereka suka mencari fakta sendiri dan tidak
suka bergantung kepada orang lain.
5.5
Gaya Kognitif Sintesis
Jenis gaya kognitif ini
mempunyai kebolehan pemikiran lebih tinggi daripada mereka yang mempunyai gaya pemikiran
analisis. Murid-murid ini mampu
menjelaskan struktur atau pola situasi sebelum berlaku. Sementara itu, mereka juga mempunyai
kebolehan menggabungkan, menginteraksi dan mencantum idea-idea serta mereka
suka aktiviti meliputi pemikiran seperti aktiviti meliputi rumusan, konsep,
buat keputusan, kesimpulan, rekaan dan sebagainya.
Secara ringkasan, proses P&P seharusnya membuka
peluang kepada murid-murid supaya berfikir secara kritis dan kreatif.
Murid-murid berhak memilih gaya
kognitif tersendiri yang hasil daripada pelbagai pengaruh. Pengenalpastian gaya kognitif amat penting untuk semua
pendidik. Ini adalah gaya kognitif merupakan asas kepada aktiviti
P&P di sekolah. Implikasi gaya kognitif terhadap
P&P adalah ia dapat membantu penyediaan maklumat yang bererti kepada
guru-guru. Ini dapat membawa kesan
kepada penstrukturan kurikulum dan penilaian dalam sekolah-sekolah. Pengenalpastian gaya kognitif juga membantu menentukan tahap
inovasi dalam kaedah-kaedah pengajaran dan penilaian dalam sekolah.
Kajian gaya
kognitif murid-murid dan guru-guru dapat membantu pakar kurikulum dalam
merancangan pengajaran yang efektif.
Guru akan selalu peka terhadap gaya
kognitif dan kesannya terhadap persekitaran P&P.
6.0
GAYA PEMBELAJARAN
Dalam proses P&P, seseorang murid cenderung untuk
mempunyai gaya
tertentu. Pembelajaran boleh berlaku
melalui pelbagai cara. Ini adalah
disebabkan cara pengamatan dan pemprosesan maklumat yang berlaku pada manusia
adalah berbeza-beza. Contohnya,
sesetengah individu hanya boleh melihat sesuatu konkrit manakala sesetengah
individu boleh melihat sesuatu secara abstrak.
Ini menunjukkan setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri.
6.1 Model Pembelajaran Dunn dan Dunn
Menurut Dunn dan Dunn (1982), terdapatnya unsur-unsur
daripada lima rangsangan yang mempengaruhi gaya pembelajaran
seseorang individu iaitu persekitaran, emosi, sosial, fisiologi dan
psikologi. Unsur-unsur tersebut
merupakan faktor-faktor yang memainkan peranan penting dalam pembentukan
pelbagai jenis gaya
pembelajaran murid.
Rangsangan pertama ialah rangsangan persekitaran adalah
merangkumi empat unsur yang utama iaitu pertama, cahaya. Kadar terangnya cahaya adalah diukurkan
mengikut kesesuaian tersendiri. Walaupun
kebanyakan dari kita selesa belajar dengan kadar pencahayaan yang terang tetapi
tidak mustahil juga ada orang yang ledih suka belajar dalam suasana yang malap. Kedua, bunyi dengan jenis bunyi akan
menghasilkan gaya
pembelajaran yang beraneka. Terdapatnya
manusia suka belajar dalam keadaan senyap sunyi, sebaliknya terdapat juga
manusia yang suka belajar dengan sambil mendengar bunyi muzik. Ketiga, suhu dengan keadaan senjuk dan nyaman
dapat mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran. Suhu yang sejuk dan nyaman dikatakan dapat
mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran.
Ramai murid tidak suka dan tidak selesa belajar dalam keadaan cuaca yang
panas tanpa kipas. Akhirnya kelima, reka
bentuk suasana tempat belajar. Ini menunjukkan
keadaan susunan suasana bilik darjah juga mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang murid. Contohnya tempat duduk yang selesa dapat
mengurangkan keletihan murid semasa P&P dijalankan.
Kedua, rangsangan emosi adalah berkait rapat dengan
perasaan jiwa seseorang. Terdapatnya dua
unsur iaitu motivasi dan sikap keazaman dan tanggungjawab. Unsur motivisi ini dibahagi kepada dua iaitu
motivasi ekstrinsik dengan murid belajar mengikut arahan yang berstruktur
daripada guru. Manakala motivasi
intrinstik dengan murid suka belajar dengan inisiatif sendiri tanpa
mengharapkan orang lain. Bagi rangsangan
emosi, sikap keazaman dan tanggungjawab adalah mengambil inisiatif sendiri dan
dapat belajar dalam tempoh masa yang panjang serta mana-mana rangsangan
persekitaran.
Ketiga, rangsangan sosial mengandungi empat
unsur-unsur iaitu perseorangan, berpasangan, rakan sebaya atau kumpulan pasukan
dan orang dewasa. Unsur perseorangan ini
terdaptnya individu ini lebih suka belajar bersendirian dan individu ini tidak
suka ada sebarang gangguan semasa sedang belajar. Manakala keadaan ini berlainan dengan unsur
berpasangan. Individu yang suka belajara
berpasangan adalah individu lebih suka belajar dengan kehadiran individu rapat
bersamanya. Pasangannya adalah teman
paling karid dan mereka dapat berinteraksi secara dua hala apabila bersama. Pembelajaran dalam bentuk kumpulan adalah
biasaanya melebihi daripada dua orang rakan sebaya yang banyak melibatkan
perbincangan, sumbangan dan perkongsian idea-idea tentang pembelajaran
mereka. Selain itu, orang dewasa juga
turut menjadi tempat untuk mereka menyoal dan mengemukakan soalan apabila
menghadapi masalah pembelajaran. Ini
adalah dilakukan dengan murid yang kurang selesa belajar dengan murid sebaya
dengannya, mereka berasa lebih selesa semasa belajar bersama guru ataupun orang
dewasa terutamanya pihak ibu bapa.
Keempat ialah
rangsangan fisiologi. Unsur-unsur yang
terkandung dalam rangsangan fisiologi ini ialah persepsi, pemakanan, waktu
tertentu dan mobiliti. Menurut Atan Long
(1988), pembelajaran merupakan satu proses bermula dengan penanggapan
rangsangan yang diterima oleh pancaindera.
Persepsi pancaindera merujuk kepada penggunaan variasi sema lima pancaindera sewaktu
memproses dan mengingat maklumat oleh setiap individu. Model Dunn dan Dunn mendedahkan keperluan
variasi cara belajar. Dalam Model Dunn dan Dunn menekankan pembelajaran
menggunakan kaedah untuk mengingat informasi iaitu secara visual dengan
pembelajaran melalui pengamatan,
persepsi auditor dengan pembelajaran dalam keadaan yang ada suara latar
belakang, persepsi taktual dengan pembelajaran melalui sentuhan dan persepsi
kinestetik dengan pembelajaran melalui melakukan aktiviti fizikan dan gerak
kerja.
Unsur pemakanan bagai
menentukan gaya
pembelajaran yang berlain menerangkan terdapatnya murid-murid yang suka belajar
dengan sambil makan dan minum. Tetapi
ada murid yang tidak dapat memberikan tumpuan dengan sambil makan dan minum
semasa menjalankan aktiviti pembelajaran.
Justeru, waktu pembelajaran juga mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang. Contohnya sesetengah orang suka belajar pada
waktu pagi dan ada sesetengah orang suka belajar di waktu malam. Contoh unsur mobiliti yang mempengaruhi rangsangan
fisiologi ialah seseorang murid suka belajar dengan keadaan berdiri atau
berjalan sana-sini. Terdapat juga
seseorang murid suka menukar tempat duduk kerap kali semasa belajar.
Rangsangan yang kelima
ialah rangsangan psikologi yang terdiri daripada elemen-elemen yang berikut analitikal
dan global, impulsif dan refleksif serta dominan otak kiri dan dominan otak
kanan. Bagi murid analitika akan
melaksanakan tugasan secara terperinci dan lebih fokus dengan setaip aktiviti
pembelajaran yang dilakukan, manakala murid global akan melihat sesuatu
gambaran itu dengan lebih luas dan terbuka atau mengamati aspek-aspek secara
menyeluruh atau holistik. Murid yang
impulsif adalah suka membuat keputusan dengan cepat dan sering mengikut gerak
hati semasa melibatkan diri dalam proses P&P. sebaliknya dengan murid reflektif, mereka
lebih berhati-hati semasa membuat sesuatu tugasan.
Otak kita adalah
dibahagi kepada dua bahagian iaiti otak kiri dan otak kanan. Fungsi otak yang berbeza akan mempengaruhi gaya pembelajaran setiap
individu. Otak kiri akan mengawal
tindakan manusia dari aspek bahasa, matematik, logik, sekuens, linear dan
analisis. Manakala otak kanan berfungsi
dalam aspek ruang, lukisan, corak holistik, rentak dan irama. Sementara itu, kategori murid-murid juga
diambil kira untuk menentukan gaya
pembelajaran seseorang individu sperti murid-murid global, murid-murid
auditori, murid-murid taktil, murid-murid visual dan sebagainya.
Menurut Murforn dan
Honey (1986), terdapatnya empat gaya
pembelajaran iaitu gaya
pemebelajaran secara aktivis, reflektif, teoris dan pragmatis. Pertama, gaya pembelajaran aktivis ini menekankan
individu ini adalah suka melibatkan diri secara aktif dan agresif. Mereka bersikap tidak sabar dan mempunyai
naluri ingin tahu yang tinggi. Dengan
motivasi intrinsik yang kuat maka mereka sering mengambil inisiatif
menyelesaikan masalah dengan menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif. Melalui aktiviti P&P,
mereka suka mencari pengalaman baru melalui pembelajaran mereka. Golongan ini kreatif dan dapat mewujudkan
idea serta jalan penyelesaian yang menarik dalam situasi-situasi pengajaran dan
pembelajaran yang ditimbulkan oleh guru.
Kelemahan mereka adalah sering mengambil sesuatu tindakan tanpa berfikir
dengan lebih mendalam.
Kedua, gaya pembelajaran
reflektif merujukkan individu ini suka memerhati, memikir dan membuat refleksi
kendiri, idea sendiri, menyoal siasat, mentafsir dan menilai sesuatu. Guru seharusnya mengajar dengan menunjukkan
segala contoh yang mempunyai sifat kebenaran, sebab murid yang suka belajar
dengan gaya ini
adalah mereka suka berfikir perkara alam sekitar, mencari hakikat sebenar serta
mereka suka menafsir dan menilaikan perkara, prinsip, keputusan atau
projek. Gaya pembelajaran ini adalah mendorong murid
menjadi seorang pendengar yang baik,
bersikap berhati-hati dan berfikir dengan teliti untuk melaksanakan
sesuatu perkara.
Ketiga, gaya pembelajaran teoris dengan gaya pembelajaran yang suka menggunakan
prinsip dan teori membuat kesimpulan. Menurut
kajian Honey dan Mumford (1992), murid teoris menggunakan fikirannya yang logik
dan rasional dalam membuat sesuatu keputusan.
Gaya
pembelajaran ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut berfikir secara rasional
dan logikal, bersikap disiplin dan kurang kreatif. Gaya
pembelajaran ini adalah lebih kepada pembelajaran hipotesis, menguji hipotesis
dan membuat kesimpulan melalui bukti yang dicari. Juterus, murid-murid yang suka gaya pembelajaran ini
adalah sentiasa suka mengesan sebab dan akibat sesuatu perkara. Mereka lebih cenderung ke arah ketepatan dan
kesempurnaan. Sebaliknya mereka rasa
kurang senang dengan perkara yang tiada ketentuan dan tidak teratur.
Keempat, gaya pembelajaran
pragmatis. Menurut Honey dan Mumfrod
(1992), murid yang mengamalkan gaya
pembelajaran pragmatis merupakan murid yang berminat dalam menguji keberkesanan
sesuatu teori, model, teknik melalui aplikasinya. Murid ini bersifat praktikal dan ekspresif, mementingkan
hakikat sebenar dan hanya percaya kepada perkara yang dilihat. Sementara itu, dalam aktiviti P&P, murid
ini suka membuat perbandingan terhadap perkara yang dibelajari.
Selain daripada empat gaya pembelajaran ini, Slavin (1994) juga memperkenalkan
dua jenis gaya pembelajaran iaitu gaya pembelajaran bergantung dan gaya pembelajaran yang tidak bergantung. Murid yang memegang gaya pembelajaran bergantung ini adalah lebih
berfokus kepada bidang kognitif dalam semua pola dan menerima secara
keseluruhan. Murid ini suka dibimbing
oleh orang yang disanjungi. Mereka
bergantung kepada motivasi dan pengajaran guru.
Sementara itu, mereka mempersepsi sesuatu situasi atau pola secara
menyeluruh. Kelemahan mereka ialah tidak
dapat menentukan objektif pembelajaran dan bersikap menurut perintah dengan
belajar tanpa menyoal.
Manakala bagi murid
yang belajar dengan gaya
pembelajaran tidak bergantung ini adalah mementingkan analisis
bahagian-bahagian pola atau corak secara terperinci. Murid ini suka mengamati perkara secara
analitik, menentukan objektif pembelajaran sendiri dan kurang sensitif terhadap
pandangan orang lain. Justeru, mereka
mempunyai motivasi intrinsik yang kuat dan dapat mengurus pembelajaran
sendiri. Semasa pembelajaran, mereka
suka berfikir secara kritis dan kreatif serta membelajari sesuatu dengan
inisiatif sendiri tanpa bergantung kepada orang lain.
Kesimpulannya,
kefahaman tentang gaya
pembelajaran amat penting untuk seseorang pendidik dan murid. Ini disebabkan gaya pembelajaran yang sedia ada pada murid
dapat mendorong seseorang pendidik merancangkan pendekatan P&P yang
berkesan. Guru perlu mempelbagaikan
teknik, pendekatan pengajaran, bahan dan aktiviti yang disediakan mengikut aras
aspirasi murid. Justeru, guru berperanan
sebagai kaunselor atau pembimbing dengan sentiasa memberikan sokongan dan
memotivasikan murid. Murid adalah
berperanan mengenalpasti gaya
pembelajaran masing-masing melalui sesi temubual dengan pihak sekolah
terutamanya kaunselor atau guru darjah.
Murid juga perlu diberikan pengetahuan tentang kepentingan gaya pembelajaran terhadap
pembelajaran mereka.
7.0
IMPLIKASI
PERBEZAAN INDIVIDU TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Kewujudan perbezaan individu juga turut membawa kesan
kepada pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Guru yang merancang pendekatan P&P
perlulah mengambil kira perkara kewujudan perbezaan individu. Guru perlu mengetahui bagaimana perbezaan ini
mempengaruhi P&P. Di samping itu,
guru juga perlu mengetahui tahap kebolehan setiap murid-murid dan menyediakan
tugasan selaras dengan setiap tahap kebolehan yang ada pada murid-murid.
Implikasi yang pertama dari segi perbezaan fizikal,
ini adalah membawa kesan positif dengan guru boleh membahagikan tugas mengikut
saiz murid. Tugasan yang diberikan
adalah berpadan dengan saiz fizikal.
Sebaliknya perbezaan fizikal juga membawa kesan negatif di dalam kelas
iaitu saiz badan murid yang kuat dan besar akan membuli murid yang bersaiz
badan kecil. Hal ini kemungkinan
menyebabkan murid-murid yang kena buli itu mempunyai harga diri rendah dan
kurang keyakinan diri sendiri. Namun,
guru perlu memberikan galakan dan motivasi kepada murid-murid yang berada dalam
perbezaan fizikal. Contohnya, guru perlu
mengajar murid sentiasa mengamalkan nilai hormat-menghormati dan bantu-membantu
antara satu sama lain.
Implikasi yang kedua dari segi perbezaan kognitif
ataupun tahap kebijaksanaan, murid-murid dalam satu kelas dapat mewujudkan
persaingan yang sihat, ini bukan sekadar persaingan dari segi akedemik tetapi
juga aktiviti permainan dan sukan. Murid
yang cerdik dapat membantu guru untuk membimbing rakan-rakan yang lemah. Dalam kelas bilangan murid yang ramai, mereka
yang cerdik boleh berperanan sebagai mentor-menti semasa aktiviti P&P dijalankan. Namun begitu, murid yang lemah akan diberikan
aktiviti pemulihan. Manakala keburukan wujudnya
perbezaan kognitif dalam satu kelas ialah perbandingan gred pencapaian akan
menyebabkan wujudnya sikap sosial yang kurang sihat. Contohnya, ibu bapa akan memberikan tekanan
kepada murid yang lemah untuk bersaing.
Kadang-kala guru turut menfokuskan kepada pencapaian akedemik sahaja dan
mengabaikan masalah sosial yang wujud dalam kelas, seperti murid yang cerdik
dan sombong akan pandang rendah terhadap murid yang lemah. Sementara itu, guru tidak memberikan bantuan
kepada murid-murid yang lemah akan menyebabkan mereka ketinggalan pembelajaran
mereka.
Implikasi yang ketiga dari segi perbezaan kelas sosial
dan sosialisasi, guru akan sentiasa memberikan
perhatian sepenuhnya terhadap murid-murid pendiam. Guru akan memberikan motivasi dan bimbingan untuk
meningkatkan keyakinan murid-murid ini.
Biasanya murid jenis ini adalah berada di kelas sosial sederhana seperti
keluarga berada pada status ekonomi yang serdehana ataupun rendah. Murid-murid ini akan dididikkan untuk
mengambil berat terhadap semua perkara yang berlaku di sekelilingnya. Guru perlu mengadakan aktiviti interaksi dan
komunikasi untuk mempertingkatkan tahap keyakinan murid-murid ini. Sebaliknya wujudnya perbezaan kelas sosial
ini akan menyebabkan murid-murid kelas sederhana menjauhkan diri. Salah satu punca adalah wujudnya status
ekonomi yang berbeza bagi setiap murid.
murid-murid akan kurang berkeyakinan kerana semasa aktiviti pemulihan
dijalankan, guru bertugas akan memantau mereka secara berasingan. Manakala bagi murid-murid yang tidak
berpendidikan pra sekolah adalah sukar untuk mereka belajar seperti murid biasa
telah menerima pendidikan pra sekolah selama dua tahun.
Implikasi yang keempat dari segi perbezaan budaya,
rohani dan agama, murid-murid berpeluang berkongsi nilai-nilai kebudayaan dan
agama yang berlainan. Kesan negatif
wujudnya perbezaan budaya, rohani dan agama ialah timbulnya polarisasi. Kemungkinan dari segi pertuturan dan
pandangan yang berbeza akan menyebabkan kewujudan salah faham antara satu sama
lain.
Implikasi yang kelima dari segi perbezaan emosi, guru
akan menangani murid-murid yang pendiam dan introvert dengan memberikan kasih
sayang dan penuh perhatian. Murid-murid
akan mematuhi arahan guru supaya dapat mengatasi masalah emosi yang
dihadapi. Kewujudan perbezaan emosi juga
akan mendatangkan kesan negatif terhadap P&P iaitu bagi murid-murid yang pasif tidak akan memberikan sebarang
tindak balas. Murid-murid yang lemah tidak
dieksplotasi oleh murid-murid yang lebih kuat.
Selain itu, guru perlu menjadi kaunselor dan perlu mengambil masa yang
banyak untuk berjumpa dengan ibu bapa bagi murid yang bermasalah emosi.
Ringkasan, perbezaan individu yang diwujudkan di dalam
kelas bukan membawa kesan positif malah juga mendatangkan kesan negatif. Namun, sebagai seorang pendidik haruslah
berperanan sentiasa mengambil berat dan mengambil kira tentang kewujudan konsep
perbezaan individu. Guru seharusnya
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan mengikut perbezaan
potensi individu. Sementara itu, guru
juga perlu menggunakan strategi atau pendekatan yang sesuai seperti aktiviti
kumpulan, pemulihan dan pengayaan dengan mengikut tahap kebolehan
murid-murid.
Selain itu, guru boleh menggunakan kreativiti dan
inovasi untuk meningkatkan proses P&P.
Contohnya bagi murid yang lemah, guru boleh menggunakan program
pemulihan dalam pelbagai bentuk pengajaran seperti menyanyi, bermain atau
bercerita untuk membantu mereka supaya P&P dijalankan dengan berkesan. Guru sentiasa memberikan perhatian dan
bimbingan kepada murid-murid yang menghadapi masalah dalam P&P. Di samping itu, guru memberikan motivasi
kepada murid-murid supaya dapat meningkatkan keyakinan mereka. Guru juga berperanan menggalakkan ibu bapa
untuk membantu anak-anak mereka yang mentah pada peringkat awal. Contohnya galakan ibu bapa yang bergolongan
miskin menghantar anak ke pra sekolah supaya dapat mengelakkan ketinggalan
sukatan pembelajaran berlaku pada masa depan.
8.0
KESIMPULAN
Kesimpulannya, setiap murid adalah unik dan mempunyai
pelbagai kebolehan. Peranan guru sebagai
pendidik yang bertanggungjawab amat penting dalam keadaan wujudnya perbezaan
individu supaya dapat melaksanakan P&P dengan berkesan dan berfaedah untuk
setiap murid-murid yang berbeza. Namun,
guru perlu merancang aktiviti P&P mengikut kebolehan murid. guru juga menggunakan strategi dan pendekatan
yang sesuai seperti aktiviti kerja berkumpulan, pengukuhan, pengayaan dan
sebagainya supaya dapat memotivasi murid yang mempunyai perbezaan dari aspek
fizikal, intelektual, emosi dan sosial.
Sebagai pendidik yang bertanggungjawab perlu sentiasa mencuba untuk
menentukan dan membina kebijaksanaan dan kebolehan murid-murid berdasarkan
perbezaan individu. Semua aspek yang
diambil kira akan mempengaruhi
penerimaan serta minat murid untuk terus belajar dan diaplikasikan dalam
kehidupan sebenar.
Subscribe to:
Posts (Atom)